Malaysia
yang kaya dengan sumber air yang dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat
bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kehidupan harian.
Walaubagaimanpun, akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada
kemajuan negara telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar yang kian
berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air
mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat
digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.
Pencemaran sungai di Malaysia
merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara dari semasa ke semasa
dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu cara penyelesaian secara efektif
yang dapat menangani masalah ini. Baru-baru ini, isu bekalan air paip yang
berbau busuk telah berlaku di sekitar tujuh daerah di Wilayah Persekutuan dan
Selangor. Ia berpunca daripada pengaliran masuk air busuk hitam(leachate) yang
mengandungi ammonia dan bahan berbahaya lain dari kawasan pelupusan sampah
Bukit Tagar ke aluran anak sungai dan seterusnya memasuki sungai Selangor.
Bekalan air paip yang berbau ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah
tersebut tidak berani menggunakannya. Masalah ini telah menyedarkan kita
bertapa seriusnya masalah pencemaran air dinegara kita maka kita tidak boleh
memandang ringan terhadapnya lagi malah harus mengambil tindakan yang
sewajarnya agar dapat mengelakkan masalah pencemaran air bertambah buruk.
Pembangunan
pesat negara dan proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan pengunaan
tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi,
kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang berkaitan.
Perubahan gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang
kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai, yang secara langsung menyebabkan
perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti.
Seperti yang diketahui, sumber air mentah dinegara kita kebanyakannya
diperolehi terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan
air. Namun, kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin
merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar. Berdasarkan statistik, buat
masa kini sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran
teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala 80 buah lagi masih
dalam keadaan terkawal. Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai yang
paling tinggi adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Munurut laporan kualiti
alam sekitar yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 2004 tahun, antara
sungai-sungai yang tercemar teruk adalah termasuk Sungai Menggaris di Sabah,
Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di
Johor.
Pencemaran
sungai merupakan suatu isu yang amat mendesak dan memerlukan usaha holistik
daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya. Kualiti air sungai sungai di Malaysia
semakin terancam dengan pencemaran. Pada umumnya, setiap sungai di negara ini
dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
- I. Kelas 1 - airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
- II. Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa
- III. Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
- IV. Kelas 4 - tercemar
- V. Kelas 5 - hampir mati
Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau
busuk dan berwarna hitam.
Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan
sungai yang berada dalam
kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Pada tahun 2007 pula, Sebanyak 16 batang sungai di negara ini dikategorikan sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Lokasi kebanyakan sungai tersebut sungai tersebut berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kos bagi memulihkan setiap batang sungai tersebut dianggar memerlukan kos antara RM100 juta hingga RM400juta bergantung kepada panjang sungai tersebut, bentuk pencemarannya dan aspek pemulihan yang hendak dijalankan (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007).
kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Pada tahun 2007 pula, Sebanyak 16 batang sungai di negara ini dikategorikan sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Lokasi kebanyakan sungai tersebut sungai tersebut berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kos bagi memulihkan setiap batang sungai tersebut dianggar memerlukan kos antara RM100 juta hingga RM400juta bergantung kepada panjang sungai tersebut, bentuk pencemarannya dan aspek pemulihan yang hendak dijalankan (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007).
Punca
pencemaran sungai atau secara khususnya air terbahagi kepada dua iaitu punca tertunjuk
dan punca tak tertunjuk. Punca tertunjuk merujuk kepada sumber yang boleh ditentukan
puncanya dan dikenalpasti lokasinya iaitu dengan mengesan dari mana bahan pencemar
berpunca misalnya efluen dari kilang dan sisa haiwan dari kandang ternakan. Punca
tak tertunjuk merupakan punca pencemaran yang tidak jelas dan tidak boleh ditentukan
puncanya secara tepat seperti pencemaran dari kawasan bandar, kawasan pertanian
dan kawasan pembalakan.
Di
Malaysia, terdapat dua punca utama bahan pencemar sungai, iaitu, aktiviti pembangunan
tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air. Aktiviti pembangunan
tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan kawasan penempatan dan pertanian
baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pembangunan
bandar dan pembinaan projek-projek fizikal seperti perumahan dan perindustrian.
Semua aktiviti ini menimbulkan masalah hakisan tanah yang mencemar air sungai
dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah
pemendapan sungai.
Aktiviti
pertanian juga merupakan antara punca utama pencemaran sungai terutama jika
dijalankan di kawasan tanah tinggi. Air hujan yang mengalir dari kawasan pertanian
mengakibatkan hakisan dan meningkatkan kandungan zarah terampai dalam air
sungai. Selain itu bahan kimia yang terdapat dalam racun rumpai, racun
serangga, racun herba serta baja kimia turut mencemar air sungai. Aktiviti
pertlombongan juga merupakan punca pencemaran air sungai kerana air dari
kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang
ada kaitan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna.
Buangan sisa kotoran daripada kawasan perindustrian, perbandaran, perumahan,
perniagaan dan kilang turut mencemarkan air sungai.
Tiga
punca utama pencemar sungai di Malaysia ialah buangan industri terutama
industri berasaskan pertanian dan pembuatan, aktiviti penternakan dan buangan
domestik. Tiga punca ini merupakan penyumbang terbesar kepada pencemaran yang
wujud di negara kita. Usaha yang bijak perlu dilakukan bagi menangani masalah
ini supaya ia tidak menjejaskan sumber air bersih negara kerana ianya boleh
membantutkan pembangunan negara seterusnya menjejaskan kesihatan rakyat.
Dalam
menangani masalah pencemaran sungai, antara usaha yang telah dijalankan adalah
melalui penguatkuasaan
undang-undang. Kementerian Alam Sekitar perlu membuat pemeriksaan secara
mengejut kepada penduduk berhampiran sungai. Disarankan, pemasangan kamera
litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat yang menjadi tumpuan penduduk membuang
sampah sarap perlu dilakukan. Pihak berkuasa tempatan pula perlu mengenakan
denda atau saman kepada kilang yang menyalurkan sisa toksik terus ke dalam
sungai. Jika masih ingkar, mereka wajar diberikan pengajaran dengan cara
menyita harta syarikat seterusnya melumpuhkan operasi kilang mereka.
Kempen Cintai Sungai Kita juga perlu
digiatkan ke seluruh pelosok negara bagi menyedarkan rakyat di Malaysia.
Penyebaran informasi tentang kesan mencemarkan sungai bukan sahaja boleh dilakukan
melalui kaca televisyen tetapi juga perlu dilakukan di radio dan media cetak
seperti akhbar arus perdana. Ceramah dan pengedaran risalah tentang penjagaan
kebersihan sungai dan impak pencemaran sungai juga boleh dilakukan di kawasan
perumahan supaya masyarakat sedar akan tabiat buruk membuang sampah sarap ke
dalam sungai. Kini, penggunaan internet juga dilihat sebagai senjata baru dalam
memastikan kempen yang dijalankan berjaya membekas di hati masyarakat.
Selain
itu, sekolah juga boleh memainkan peranan dalam usaha menbanteras pencemaran
sungai melalui pendidikan kesedaran.
Guru-guru boleh menyelitkan kepentingan memeliharan kebersihan sungai melalui
mata pelajaran yang sesuai seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan
Sains. Realitinya, mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sudah
mampu menyemai perasaan cinta akan sungai dalam diri anak-anak. Benarlah kata bijak
pandai dahulukala, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jika anak-anak ini
dapat dipupuk dengan rasa tersebut, maka masalah pencemaran sungai tentu dapat
dibendung pada masa hadapan memandangkan merekalah generasi yang akan
meneruskan legasi kehidupan dan menggunakan nikmat tersebut.
Seterusnya,
penduduk setempat melalui rukun tetangga perlu mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan
sungai. Sebagai contoh penduduk boleh mengutip plastik, botol dan kayu yang ada
di dalam sungai. Malah, sepanjang sungai boleh dibina laluan pejalan kaki dan
taman yang dihiasi oleh jajaran pokok bunga. Jadi, secara tidak langsung,
sungai menjadi lebih menarik dan boleh dijadikan kawasan rekreasi untuk
penduduk. Dengan cara ini, penduduk lebih menghargai kewujudan sungai dalam
kehidupan mereka.
Bagi
menyelesaikan masalah pencemaran laut pula, kerajaan telah bekerjasama dengan
Negara Indonesia untuk memperdaulatkan Selat Melaka. Semua kapal yang digunakan
mestilah sentiasa disemak.Sentiasa pastikan kapal dalam keadaan baik supaya
kapal selamat diguna. Tenggelaman kapal akan mengalirkan minyak kapal ke dalam
air dan ini akan mencemarkan laut. Pelbagai projek untuk kehidupan marin telah
dijalankan. Contohnya projek pemeliharaan penyu. Melalui projek ini banyak
penyu dapat dilidungi dan diperbesarkan denagn selamat. Nyawa penyu dapat di
jamin daripada beberapa segi. Contohnya penyu dapat ke laut dengan selamat
sebab perjalanan pada penyu yang baru dari telurnya dapat di jamin. Selain itu,
kes-kes kesilapan memakan sapah-sarap juga dapat dikurangkan.
Kesimpulanya,
melalui rancangan dan pelaksaan tindakan dengan betul dan tepat, usaha-usaha
memulihara sungai dapat kita laksanakan dengan baik dan meluas. Rakyat Malaysia
semestinya bersetuju dengan usaha yang ingin dilakukan kerana kesedaran tentang
kepentingan sumber air bersih dan kepentingan sungai bagi kita dan anak-anak
kita. Realitinya bagi mencapai objektif satu usaha tanpa putus asa dan
berterusan perlu bagi memastikan objektif ini tercapai dengan sepenuhnya.
RUJUKAN
MAB (2010), Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Alam Sekitar Melalui Amalan Kitar Semula, diakses di http://guruselamanya.wordpress.com/2010/11/24/pemeliharaan-dan-pemuliharaan-alam-sekitar-melalui-amalan-kitar-semula/
pada 17 September 2012
MPAJ (2011), Garis Panduan
Pemeliharaan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Sharren Shamela (2003),
Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Punca Berselerak Di Sungai Terberau, Universiti
Teknologi Malaysia.
0 kutukan:
Post a Comment