This Story is Dedicated to Every Guys in ALED 4
The content of this story is not suitable for anybody of any age, race or religion, unless he is a guy who was once an ALED4ourians.
The content is also not suitable to be made as any tarbiah material, Biro Tata Negara or modul bina insan. It will only serve best as a material or modul of Bina Insane
The language used is not suitable to be used in formal businesses.
This story is not a true story. Whoever think that this story is real after reading it, he might be one of this two kind of people; He is not an ALED4ourians, or he is simply a brainless ALED4ourian.
The story contains some facts and fictions about us, the ALED4ourians. You may be able to recognize them if you are one of us.
From The Director of ALED’s: Malam Kemerdekaan INTEC 2006
Comes…
Babi
Pencarian Harta Harta Harun
Babii
Dari Teluk Intan ke Kelantan; Pencarian bermula!
Babiii
Maktab Terengganu dan Gundam Meisters
Babiv
Negeriv Sembilav dav Xv-Mev
( Negeri Sembilan dan X-Men)
Babv
Perlawanan Di Seremban
Babvi
ALED4 ke Parlimen
Babvii
Bertemu Sang Pengarah Cerita
Babviii
Krabby Patty Kintot
Babix
Tae Kuwen Do!!!
Babx
Tak Lepas Point, Tapi Pi UK Jugak!
Babxi
Reunion ALED4 di Sheffield
Babxii
Harta Keenam Dijumpai
Babxiii
Harta Harun Terakhir
Babi
Pencarian Harta Harta Harun
Bab ini harus dibaca dengan betul. Jika tidak anda akan membacanya sebagai Babi. Memang saya nak suruh anda baca salah pun….Hahaha… Baru la fun. Baru la adventure… AAhh!!! Apa-apa je la anda nak fikir! Saya dah nak start cerita nih. Kalau tak nak baca gi study, saya memang takyah study… Sape suruh KPM masukkan saya lambat sangat! Hahaha!!!
Tersebutlah kisah seorang budak putih bernama Syukur dan seorang budak hitam bernama Azri, juga dikenali sebagai Black. Adapun cerita ini bukanlah untuk menghasut atau bersifat perkauman, namun sebagai menghargai perbezaan dan keharmonian hidup di atas muka Bumi. Bak kata pepatah mereka berdua, “ I hate black people!” kata Syukur. “ I hate obes people!” balas Black pula.
Pada suatu hari, sempena cuti sekolah yang turut sama dinikmati pelajar-pelajar maktab perguruan, Syukur telah diajak oleh Encik Naqib iaitu kawan mereka jugak, untuk ke rumahnya di Teluk Intan. “ Kur! Jom pegi rumah saya cuti nih! Kat Taman Kopi! Best!” Syukur kehairanan mendengarnya. “ Apahal pulak nak jerit-jerit? Cakap macam biasa sudah,” fikirnya. Tiba-tiba Syukur tercium bau busuk kentut. Kemudian kelihatan En Naqib ketawa secara kecil-kecilan. Ceh, rupanya En Naqib mengcover kentutnya. Sebab itulah dia bercakap kuat-kuat hingga bunyi ketutnya tidak kedengaran. Akibatnya agak hebat, sehingga kulit Black yang hitam itu jadi putih seketika.
Encik Naqib ketawa lagi. Dia puas hati menunjukkan Syukur telah terkena kentutannya. Syukur dan Black saling bertukar warna. Kejap-kejap Syukur putih, pastu hitam, berselang-selang dengan Black. Hahaha! Aku ketawa sambil menaip… Kelakar sial kalau jadi betul-betul… Nasib baik ni cerita fiksyen je… Syukur dan Black setuju mengikut Naqib ke Teluk Intan. Tak semena-mena Black setuju. Padahal En Naqib tak ajak dia pun. Tak malu betul dia ni. Tiba-tiba En Piun dan En Zaki Akar pun setuju tanpa diundang.
“ Eh ko tak keje ke Akar?” tanya En Bob yang pernah keje KFC. “ Tak pe. Gi Teluk Intan pun best per… Ada KFC jugak kat sana kalau aku nak keje,” jawapan yang separa tak masuk akal. Ada ke patut nak keje sambil pegi rumah orang. Tak padan btol la pemikiran liberal macam tuh… Orang Nazi pun pikir camtu gak. Tak caya tanya budak-budak yang gi Jerman contohnya anak Tauke KFC sendiri, yakni Daos. Eh silap, dia tak fly! Sori-sori… Terbuat lawak Jerman plak ngan Daos. Patutnya aku cakap Ambak. Dia kan power bab-bab criter nih… Tak pun Flip ke, sape-sape ke…
Anyway, aku reka je pasal Nazi tuh. Jangan gi tanya btol-btol plak. Kene gelak ngan Ambak aje nanti. Pastu dia plak gi criter kat mamat-mamat Jerman pasal soalan bodoh anda itu. So, nak aku jadikan criter, depa pun pi la ke Teluk Intan. En Naqib, Black, Syukur, Piun, Akar dan En Bob. Tapi sebab dah lebih muatan, maka Piun pun menyimpan En Bob dalam memory cardnya yang bersaiz 1GB. Dia disimpan dalam format FLV. Kot-kot nak upload kat TiubAnda (Youtube) senang la nanti. Itupun nyaris tak muat…. Jangan marah ye En Bob…
Sesampainya di rumah En Naqib di Taman Kopi!!!, Err, sori, aku cover kentut sambil menaip. Ok sambung crite, Taman Kopi, mereka pun bersembang la dengan En Harun. Rupa-rupanya tujuan En Harun memanggil En Naqib pulang adalah untuk menyuruhnya mencari hartanya yang tertanam di beberapa tempat di seluruh dunia. Hartanya itu dipanggil Harta Harun. Kata Encik Harun, semasa dia berkawan dengan En Kamaruddin, mereka selalu menanam apa sahaja yang mereka jumpa. Hatta kalau terjumpa jiran sebelah rumah di Bandar Teluk Intan, mereka akan menanamnya hidup-hidup. Sebab itulah mereka ada harta di merata-rata tempat. Silap jugak kerajaan Barisan Nasional ketika itu. Sepatutnya mereka bukan saja melarang membuang sampah merata-rata, tapi juga patut melarang rakyat menanam benda merata-rata.
Babii
Dari Teluk Intan ke Kelantan; Pencarian bermula!
Maka mereka berenam pun setuju untuk mencari harta Harun dan jiran En Harun yang masih tertanam di Bandar Teluk Intan. Maka keesokan harinya mereka, berbekalkan nasi lemak yang dibelikan En Harun dan buah cempedak di luar pagarnya, mula mencari harta pertama di Teluk Intan iaitulah jiran En Harun. Mereka mencarinya di Menara Condong Teluk Intan. Rupa-rupanya menara itu condong kerana perbuatan En Harun dan En Kamarudin menanam jirannya di bawah menara itu. Usaha Syukur dan yang rakan-rakannya yang lain-lain berhasil. Mereka menjumpai jiran yang diperkatakan itu. Tapi, daripada asalnya yang condong, menara itu runtuh terus akibat penggalian mereka yang tidak berhemah.
Kemudian, mereka menjumpai klu kedua bersama-sama jiran En Harun yang baru digali keluar mereka. Mujur dia masih hidup. Dia ingin berterima kasih kepada Encik Kamaruddin kerana menanamnya. Dia dapat menginsafi dirinya sambil melarikan diri dari isterinya yang suka menyuruhnya membeli KFC Daos di Melaka. Di samping mendapat klu, mereka turut telah menaikkan level mereka kepada level dua kerana Experience mereka bertambah. Meter Mana mereka juga telah bertambah tinggi. Kini, mereka boleh membuat magik atau paling cikai pun silap mata jika berdepan dengan bahaya.
Klu itu mengatakan bahawa harta kedua En Harun dan En Kamarudin ialah di Kelantan. Lebih tepat lagi ialah di Maktab Kelantan. Maka mereka pun tanpa membuang masa atau jam tangan terus-menerus bertolak menuju ke Maktab Kelantan di mana Saudara Azhan dan En Hanif belajar. Sesampainya di sana , mereka hairan kerana mereka hanya mendapati Azhan seorang sahaja yang sedang mengorat awek sambil mengontrol macho. “ Anep mana?” tanya Syukur. “Ntah, tak ada” jawab Azhan. “Semalam dia keluar dengan bapak dia, Pastu terus tak jumpa dia. Tapi bagus jugak, kalau tak abis licin awek-awek dengan tukang sapu Indon maktab ni dingoratnya,” kata Azhan sambil ketawa kegembiraan.
“ Dia ada bawak apa-apa tak?” tanya Black pula. “Ada . Dia ada bawak Dragon Ball berbintang empat time dia keluar,” kata Azhan. “ Eh, ko nak tau tak?” tanya Black pula. “ Apa dia? Tanya Azhan kembali. “ Yang sebenarnya, Dragon Ball ada tujuh bijik semuanya!Hahaha!!!” Black memberitahu sambil ketawa kuat-kuat. Jelas sekali, dia menggunakan pengetahuannya tentang Dragon Ball untuk mengcover kentutnya di depan Azhan. Naqib dan Syukur sudah sedia menutup hidung. Black mendapat skil itu melalui Mata Roda Keranjangnya yang dipanggil Sharinanggan. Apa pulak Naqib tak sedar skil itu? Itukan memang skil En Naqib, mestilah dia tahu bahayanya. Itu sebab dia dan Syukur menutup hidung sejak awal-awal lagi.
Azhan menjadi hitam legam selepas terbau kentut Black. En Bob yang berada dalam memory card tidak menghadapi sebarang bahaya. Manakala Piun pula tidak hairan kerana dia memang sudah sedia hitam seperti Black. Akar pula cepat-cepat mengeluarkan ayam KFCnya supaya bau ayam itu mengatasi bau kentut Black.” Apa tunggu lagi? Jom la kita kesan Dragon Ball tu? Kan kita ada radar pengesan?” kata Black pula selepas puas kentut.
“ Betul lah. Bagus jugak idea ko ni Black. Walaupun ko itam tapi idea ko power macam kentut ko jugak!Hahaha!” Syukur pula ketawa kuat-kuat. Jelas, seperti sebelum-sebelum ini, dia jugak sedang kentut. Tetapi niatnya baik, dia ingin memutihkan kembali kulit Azhan yang telah tergelap kerana kentut Black tadi.
“ Bagus! Kita cari Anep, pastu kita tanya dia klu seterusnya,” kata Piun pula. Bob menyokong dari dalam handset Piun. “ Macam ni baru lah ayam!” kata Akar pula. Maka mereka pun mengesan di mana Anep berada. Pencarian mereka berhasil. Anep rupa-rupanya tertanam bersama Dragon Ballnya. Tetapi En Kamarudin tidak ada bersamanya. “Thanks Bro. Nanti aku belanja ko Nandos, Syukur. Aku belanja Nandos Konek Ko!!!” kata Anep sebaik sahaja diselamatkan. Dia ketawa keriangan selepas menyebut konek. “ Tapi mana bapak ko?” tanya Syukur. “ Dia yang tanam aku, pastu dia blah. Dia kata dia tanam aku sebab aku tak dapat fly. Dia suruh aku blajo kat dalam tanah pulak,” jawapannya itu turut menjelaskan kenapa dia berada di dalam tanah. Rupa-rupanya dia disuruh menuntut ilmu di dalam tanah.“ Oh, patutlah. Bapak ko kan suka tanam-tanam nih,” kata Piun sambil bercekak pinggang, menunjukkan IQnya yang tinggi sebagai budak lompat PTS. Dia tak sedar yang dia tak lepas cut off KPM macam kita jugak. Hehehe…
“So, Anep, apa klu seterusnya?” tanya Bob dari dalam Handset. Anep terkejut mendengarnya. Rupa-rupanya bukan dia saja yang menyimpan manusia dalam memory card. Piun jugak ada teknologi itu. “ Aku pun ada simpan member jugak,” katanya. “ Oh, sapa? tanya Piun. “ Kem dengan As,” diorang nak ikut aku msuk maktab Klate, sebab tu aku bawak diorang.
“ Oh,” jawab Akar. “ Kalau macam tu, aku pun nak simpan orang jugak la. Macam trend la pulak sekarang nih ek?” kata Akar lagi. “ Ko nak simpan sapa Akar?” tanya Black. “ Aku nak simpan HAB,” kata Akar. “ HAB? Hasan Al-Banna ke?” tanya En Naqib yang ada background tarbiah dengan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan Hassan Al-Banna. “ Bukan la… Hassang Awan Buun,” jawab Akar. Mendengarkan jawapan itu, mereka pun ketawa kuat-kuat beramai-ramai sambil mengcover kentut masing-masing.
“ Klu seterunya adalah harta tu ada kat Maktab Tengganu,” kata Anep. “ Betul ke? Ko jangan tipu Anep… Dulu ko dah buat crite khalwat Syukur, selain daripada itu, ko sendiri pun ko cakap kena tangkap basah. Ni jangan-jangan ko nak tipu jugak ni ek?” kata Naqib memberi amaran. Dia sudah serik ditipu dan diayam-ayamkan oleh Anep. “ Ow, tak-tak bro… Aku dah tak tipu dah, kalau aku tipu, aku akan kentut sambil menipu. Tu tandanya aku tipu. Tadi aku ada kentut tak? Tak ada kan , maknanya aku tak tipu la,” kata Anep sambil mengemukakan bukti. Mereka pun percaya kepadanya kerana dia memang tak kentut. Kemudian, mereka pun bergerak ke Maktab Terengganu. Tapi, En Bob tidak ikut sama. Dia ingin melepak di dalam handset Anep setelah mengetahui bahawa Anep juga ada menyimpan kawan-kawannya.
Babiii
Maktab Terengganu dan Gundam Meisters
Maka setelah menaiki kereta Proton Saga Syukur selama dua jam mereka pun tiba di Maktab Terengganu. Tetapi malangnya ketika mereka tiba, maktab itu sedang berlaku peperangan. Peperangan antara Celestial Being dan A-Laws. A-Laws, bukannya A-Level tau… Tiba-tiba ada satu pancaran laser memancar ke kereta yang sedang dinaiki mereka. Masing-masing sudah mengucap. Takut-takut mati terkena laser itu. Lagi seinci sebelum laser itu mengenai mereka, Muncul Gundam 00 (Gundam Baik) yang menghadang mereka daripada terkena pancaran itu. Tetapi kereta Syukur tetap terkena tempiasnya dan mengalami kepancitan tayar.
Gundam 00 itu kemudiannya menembak Mobile Suit GNX-3(Gundam Jahat) yang dimiliki A-Laws itu. Setelah keadaan menjadi tenang, Pilot yang memandu Gundam 00 itu pun keluar daripada kokpit Gundamnya dengan tujuan mendapatkan ucapan terima kasih dan mengharapkan Syukur dan lain-lain membelanjanya Secret Recipe. Tak Ikhlas rupanya pertolongan itu. Tetapi dia bukannya datang seorang. Terdapat 00Raiser yang berbentuk penyu bermata tak cukup tidur di belakang Mobile Suit yang dipandunya. Pilot 00Raiser berbentuk penyu bermata tak cukup tidur itu juga keluar sama.
“ Matkim F Penyu, Pilot Gundam 00, Celestial Being,” Saudara Ahmad Mustaqim Abd Rashad memperkenalkan codenamenya kepada mereka. F dalam nama itu membawa maksud Fellaini. Kerana Matkim sudah mengenakan gaya rambut afro seperti rambut pemain penyerang yang bernama Fellaini. Kemudian, muncul pilot 00Raiser berbentuk penyu tak cukup tidur memperkenalkan dirinya sebagai “ Muhd Amin Eddy Chin. Codename; Majujaya,” katanya. Syukur, Naqib, Piun dan Akar pun teresak-esak terharu kerana diselamatkan rakan seALED4 mereka. Kecuali Black kerna Black enggak berapa kenal dengan dua pemuda itu. Dia budak KY. Bukannya budak ALED4. Walaupun terharu, tetapi dalam hati masing-masing seorangpun tak mahu membelanja mereka berdua itu makan Secret Recipe.
Matkim dan Amin pun menceritakan perihal perang yang berlaku antara A-Level eh silap, A-Laws dan Celestial being di maktabnya itu. Katanya, A-Laws mahu merampas harta Harun yang terdapat di maktab itu. Namun Celestial being muncul dan melawan. Matkim menceritakan peristiwa itu dalam loghat T’ganu.
“ Maknanya korang dah korek siap-siap la Harta tu?” tanya Naqib yang prihatin dengan harta tanaman bapanya itu. “ Ya, memang kami dah siap korek. Bukan korek harta tu je, siap dengan hidung-hidung lecturer maktab pun kami dah korek,” kata Matkim sambil mengorek hidung. Amin mengiakan cerita Matkim itu. Dia turut mengorek hidung menandakan bahawa cerita itu benar. Mungkin memang itu cara budak maktab T’ganu menyatakan kebenaran.
“ Jadi kat mana harta tu sekarang? tanya Akar. “ Ada kat dalam gym. Besar sangat. Jadi kami letak la kat dalam gym. Nak letak kat dalam nset pun tak muat. Memory card aku 1GB je,” kata Matkim lagi. “ Oh, bagus la kalau macam tu. Jom kita pi tengok,” ajak Black pula. Mereka pun melihat di dalam Gym. Terdapat satu mobile suit yang tertulis Exia. Rupa-rupanya, pada zaman dahulu, En Harun juga merupakan salah seorang ahli Celestial Being yang dikenali sebagai Harun Yahaya. Sambil memandu Gundam Exia, dia sempat menulis banyak buku bermanfaat yang boleh didapati di Internet dan kedai-kedai buku terkemuka.
“ Terima kasih Matkim dan Amin, eh bukan, Matkim F Penyu dan Majujaya. Terima kasih sebab dah bantu kami selesaikan misi ni. Semoga korang majujaya di sini,” kata Syukur. “ Oh, terima kasih Syukur, aku pun dah banyak terhutang budi kat korang semua. Tapi hutang budi dibawa mati, so dengan sukacitanya tak payah la aku bayar,” kata Amin dengan nada mengelak untuk membayar hutang. “Dengan Jalan Itu( by the way), Nah, ambik ni. Pendrive ni ada ceritakan pasal klu seterusnya. Oleh sebab korang punya kete dah pancit, korang naiklah harta Harun yang berupa Gundam Exia itu. Nanti korang boleh bukak pendrive ni kat dalam tu sebab aku ada letak laptop kat dalam tu,” kata Amin lagi.
“ Thanks la Amin. Ko plak Matkim, ko jaga la Amin ni elok-elok, dulu dia roommate aku. Sekarang dia dah jadi roommate ko. Korang jadi la pilot Gundam yang bertimbangrasa macam bapak aku dulu. Pakai talipinggang keledar, jangan langgar lampu merah. Topi keledar pun ikat ketat-ketat. Bak kata pepatah tv, ingatlah orang yang tersayang. Kalau jadi apa-apa, padan muka korang. Jangan terlibat dalam free sex, ketagihan ganja, rasuah, politik wang atau mengebom mana-mana wanita Mongolia . Jangan hampakan harapan Cikgu Hasan yang dah lama mengidam nak tengok korang jadi Gundam Meister sejak dari bangku INTEC lagi.” Pesan Naqib pula kepada mereka.
Babiv
Negeriv Sembilav dav Xv-Mev
( Negeri Sembilan dan X-Men)
Mereka membuka kandungan pendrive yang diberikan oleh Amin itu. Di dalamnya tersimpan seorang lagi mamat yang bernama Syamil. “ Eh, Syamil, ko ada kat dalam pendrive Amin? Buat apa ko lepak dalam ni? Pendrive ni bukannya besar pun, Cuma 1GB je…” tanya Syukur yang merupakan teman rapat Syamil.
“ Aku pun tak tau. Mula-mula aku upload diri aku sendiri masuk megaupload sebab aku nak suruh mak aku download aku kat Malaysia . Aku ingat dengan cara tu aku boleh la balik Malaysia tanpa naik kapal terbang, jimat sikit. Tup-tup, Amin pulak yang download aku. Dia save aku kat dalam pendrive ni. Tapi takpe, walaupun pendrive Amin ni kecik, tapi ada game golf dengan game Zuma. Aku pun layan la main game sambil lepak dalam pendrive nih…” jawab Syamil.
“ Anyway, straight to the point la, aku tak kisah ko nak duduk lama-lama dalam pendrive tu, tapi cuba ko bagitau apa klu seterusnya? Kami tengah cari harta Harun nih,” kata Akar pula. “ Oh, harta Harun. Jap, aku nak selongkar pendrive Amin ni,” kata Syamil. Kemudian dia pun mengeSearch pendrive Amin itu sedalam-dalamnya. Hinggalah dia terjumpa maklumat berkenaan klu tersebut.
“ Ha, ni dia. Menurut En Harun, harta seterusnya terdapat di Negeri Sembilan. Kat Seremban. Lebih tepat lagi, kat maktab Negeri Sembilan,” kata Syamil.
“ Hek eleh, asyik-asyik maktab je, bapak ko ni tak de idea lain ke nak tanam harta? Cube la tanam kat Sunway Lagoon ke, boleh gak kita cuci mata sambil cari harta,” Piun mengemukakan aduannya. “Aah, bising la ko ni Yon, oh ye Syamil, boleh bagitau apa pulak hartanya kali ni? Dah dua kali jumpa orang. Takkan asyik tanam orang je kot bapak aku nih. Satu jiran dia, pastu Anep, pastu baru dapat Gundam Exia ni haa, lpas ni apa pulak?” tanya En Naqib.
“ Ntah la Naqib, tapi yang pasti, harta tu tengah dijaga oleh seorang wira bernama Capang,” kata Syamil. “ Capang? Siapa dia tu?” celah Akar. “ Entah. Tu pun aku tak tau. Apa la aku ni, asyik-asyik tak tau je…” komplain Syamil terhadap diri sendiri. “ Tak pe Mil, Leisure…Leisure… Jangan Pressure… Kalo tak, elok-elok ko kat sini, aku upload ko gi Tanjung Rambutan plak,” kata Syukur. “ Ok Kur, thanks sebab tenangkan aku. Kalo tak dah lama aku delete diri sendiri dari pendrive ni,” kata Syamil.
Maka hero-hero kita pun bertolaklah ke Negeri Sembilan, atau lebih tepat lagi ke Maktab Seremban. Sesampainya di sana , keadaan tidak aman. Sepertimana di Maktab T’ganu juga. Kali ini, yang mengancam harta harun ialah X-Men, termasuklah Wolverine dan Jean Grey. Mereka pun bertemu dengan wira Capang. Alangkah terkejutnya mereka setelah menemui wira Capang. Rupa-rupanya yang bernama wira Capang itu ialah Cipin. Atau nama sebenarnya ialah Zainul Ariffin.
“ Aku kena pertahankan tempat ni. Jean grey dengan Wolverine nakkan harta tu. Diorang nak buat hantaran kahwin. Jadi aku sebagai pemegang amanah pun terpaksa menukar nama aku kepada wira Capang supaya mereka tak berani mengganggu aku. Namun, mereka jugak pandai, esok, mereka akan datang dengan membawa Iron Man, Incredible Hulk, Hellboy dan Bekas Presiden Israel, Simon Peres untuk datang dan melanyak aku. Nasib baik korang datang. Dan korang bawak Gundam. Boleh kita lawan mereka nanti,” kata Cipin.
“ Oo… Sori Pin, aku datang ni nak harta tu je. Aku tak nak lawan. Buat sakit badan je nanti kena cakar dengan Wolverine tu nanti,” kata Piun. “ Hek eleh Piun, yang ko lebih-lebih ni nak buat apa? Yang dapat harta-harta ni nanti bukannya kau, tapi Naqib jugak” kata Akar. “ Ha ah… Betul jugak, yang aku lebih-lebih ni buat apa? Kalo macam tu, lagi la kuat alasan aku untuk tak berlawan,” kata Piun pula.
“ Cis, macam ni ko dengan member lama Yon. Takpe… takpe… aku tak nak kongsi rokok dengan ko dah lepas ni…” kata Cipin. “ Ooo Ok oK.. Aku tolong. Tapi nanti ko mesti janji, kena bagi rokok yang besar. Besar sampai Gundam Exia pun boleh isap,” Piun meletakkan syarat. “ Boleh… Bukan Gundam Exia je, patung Hindu kat Batu Caves tu pun boleh isap rokok tu,” Cipin setuju dengan syaratnya.
Mereka pun mempersiapkan diri bagi berdepan dengan hari esok. Syukur berlatih DOTA dalam laptop Amin. Naqib pula Menonton Ong Bak 2 di pawagam Seremban. Piun menghabiskan 313 kotak rokok Dunhill. Akar pergi bekerja part-time di KFC Seremban. Black pergi berlatih sepak takraw manakala Cipin pergi mengejutkan Ajib yang telah bertapa(tidur) selama 2 purnama di biliknya. Semuanya semata-mata untuk berdepan dengan hari esok yang mencabar.
Babv
(Aduh, dah tak best sebab takde bunyi babi…orang Melayu kan minat bab babi…)
Perlawanan Di Seremban
Pagi esoknya, mereka bersolat Subuh awal. Akhirnya mereka terpaksa solat subuh sekali lagi sebab mereka tersolat sebelum masuk waktu. Bagus budak-budak nih… Sejuk perut mak korang. Seperti yang dijanjikan, Wolverine pun membawa keluar Iron Man, Hellboy, Hulk dan Simon Peres. Nampaknya Wolverine tidak mungkir janji. Manakala di pihak Cipin pula, Gundam Exia sedia berlawan dan ditambah seorang lagi hero bernama Ajib yang telah berjaya dalam pertapaannya. Kini Ajib sudah boleh melontar disc Frisbee dengan baik. Dia juga sudah mempelajari teknik baru iaitu membaling disc frisbee sambil membaca surat khabar. Kebolehannya itu bakal mengejutkan En Simon Peres kerana di Israel tidak ada manusia yang sanggup berbuat demikian.
Mereka pun memulakan perlawanan. Pengadil meniup wisel dan permainan pun dimulakan. Kumpulan Wolverine telah mendahului kumpulan Cipin. Nyatalah latihan intensif mereka pada malam semalam tidak membawa apa-apa makna. Skil terbaru Ajib juga gagal membantu mereka. Mereka telah diasak sehingga ke Jalan Buntu, iaitu sebuah jalan di Bandar Seremban. Ketika nyawa mereka di hujung tanduk Hellboy, muncul seorang wira membawa selonggok lembu yang didakwanya lembu korban. Wira tersebut tak lain dan tak bukan adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah didakwa oleh Suruhunjaya Penyembunyi dan Pereka Rasuah Malaysia (SPPRM) sebagai menyelewengkan wang penyelenggaraan kenderaan untuk membeli lembu-lembu korban.
Tan Sri Khalid datang untuk membetulkan fakta itu. Dia datang untuk membunuh Simon Peres yang telah menjadi pemberi inspirasi kepada SPPRM untuk bertindak memfitnahnya. Menurut pendapatnya, SPPRM telah mengikut jejak langkah Israel laknatullah yang sanggup berbuat apa sahaja bagi mencapai tujuan mereka. Satu demi satu lembu dibalingnya ke arah mereka. Akhirnya, Semua pahlawan yang menyebelahi Wolverine tumbang dihempap lembu-lembu itu. Yang terakhir, iaitu Simon Peres juga telah dihempap oleh lembu korban itu. Dengan bangganya lembu itu memijak-mijak Simon Peres lalu menyeretnya ke mahkamah jenayah perang di The Hague untuk dibicarakan.
Cipin dan lain-lain mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid dan menasihatinya supaya bersikap tegas dan jangan terusik dengan usikan ahli-ahli Barisan Nasional dan SPPRM yang bersekongkol menjatuhkan imej PKR. Ajib juga menasihatinya supaya terus sahaja memperjuangkan Islam. Jika selama ini orang ramai tidak dapat memperjuangkan Islam yang Syumul dalam UMNO, mereka juga tidak dapat memperjuangkan Islam dalam PKR. Jadi Syukur menasihatinya supaya bertaubat dan kembali kepada Islam dan memilih PAS. Kerana PASlah parti yang membawa panji Islam di Malaysia. Kalau di Palestin ada Hamas, Kalau di Indonesia ada Parti Keadilan Sejahtera maka di Malaysia ada PAS. Merekalah pejuang yang memperjuangkan Islam dalam erti kata sebenar iaitu Islam yang syumul, yang luas dan lengkap. Bukan UMNO. Bukan PKR.
Kemudian, Cipin pun menyerahkan harta Harun yang dijaganya. Harta itu merupakan kotak-kotak bukti. Bukti apa? Itulah kotak-kotak yang didakwa mengandungi bukti rasuah para pemimpin politik Malaysia , sepertimana didakwa oleh Ezam. Namun, hingga kini Ezam gagal menunjukkan kotak-kotak itu. Yang hanya mampu ditunjukkannya adalah otak-otak dan sumpah-sumpah. Rupa-rupanya ia telah menjadi salah satu Harta Harun. Patutlah Ezam gagal mengemukakan bukti rasuah tersebut. Kemudian, Cipin pun memberitahu maklumat iaitu klu berikutnya yang akan membawa mereka kepada harta Harun.
Babvi
ALED4 ke Parlimen
Esoknya, Cipin memberikan rokok besar seperti yang diminta Piun kepadanya. Piun pun lantas memandu Exia dan menghisap rokok tersebut melalui mulut Exia. Jika mahu isap ikut mulut sendiri, mau bertambah besar bibirnya nanti.( No offend ok…lawak je… Aku pun tak brani nak kutuk ciptaan Allah). So, menurut info yang diberikan Cipin, mereka menuju ke parlimen dengan mengikuti belakang kereta yang dipandu Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut Cipin, klu seterusnya terdapat di Parlimen Malaysia . Ajib juga berkata demikian. Sekarang, mereka sudah menjumpai empat harta iaitu jiran En Harun, Anep, Gundam Exia dan kotak-kotak Ezam. Maka apa pula yang menanti mereka di Parlimen nanti? Anda tunggu dan baca…
Sesampainya di lobi parlimen, mereka melihat Karpal Singh bergaduh dengan Pemuda UMNO. Eloklah tu. Dua-dua jahil. Dua-dua pantang dicabar. Karpal bercakap dengan lidah yang takde tulang. Ikut suka dia je cakap itu ini. Mentang-mentang dia lawyer, dia ingat dia boleh cakap apa saja? Pemuda UMNO pun satu hal jugak. Dah tau perangai Karpal memang camtu, yang pegi layan nak buat apa? Susah-susah nak suruh Karpal mintak maap buat apa? Jelaslah Pemuda UMNO juga kurang akal. Orang takkan mintak maaf kalau dipaksa. Kalau dia mohon maap pun, dia tak maksudkannya. Last-last budak-budak ALED 4 terlihat fenomena orang kafir bergaduh dengan orang jahil.
Aku tak heran sangat kalau orang kafir macam Karpal tu tak reti akhlak, tapi aku musykil kalau orang Islam sendiri tak reti berakhlak. Patutlah walaupun dah berpuluh-puluh tahun kita hidup skali, orang kafir tak ramai yang masuk Islam. Diorang tak tertarik dengan akhlak kita yang tak jauh beza dengan diorang. Kita makan rasuah jugak, ambik nombor ekor juga, main judi jugak, pecah amanah jugak, bergaduh jugak. Bezanya cuma kita tak makan babi je. Diorang ingat kalau masuk Islam pun tak ada banyak beza. So, diorang pun tak minat. Nabi Muhammad dakwah 23 tahun je, tapi kemasukan orang kepada Islam banyak nak mampus. Kita dah merdeka 50 tahun lebih tapi makin ramai orang murtad ada la…
Pastu muncul pulak Sisters In Islam yang nak pertikaikan kata-kata Ulama’. Salah sorangnya adalah anak Perdana Menteri (ketika crite ini ditaip, PM ialah Pak Lah) . So, anaknya Nori Abdullah. Pebende umat Islam ni? Macam-macam fahaman, pecah belah, gaduh sana sini, lompat sana sini, diorang ni orang Islam ke orang tak ada agama? Sapa yang salah? Kita la… Kita tak reti Islam. Kita tak reti dakwah. Kata ulama tak nak dengar. Kata mufti tolak, kata artis dan pemimpin jahil yang sekular tu kita ikut tanpa usul periksa. Padahal artis dengan pemimpin sekular tu dah banyak kali tolak hukum Islam, tolak kata-kata ulama’. Kalau nak tuntut syurga nanti nak bawak modal apa kalau agama sendiri pun kita tak nak dakwahkan. Kalau hukum agama tu kita guna setakat untuk solat, puasa dengan kahwin je, tapi hudud tak nak, kawal hiburan hedonisma taknak, konsert haram kita tak halang… Korang pikir la sendiri. Tu pasal aku nak bawak korang gi parlimen. Kita tengok jahil tak jahilnya pemimpin yang kita pilih… I mean, orang yang dah mengundi pilih. Biasa la… Akhir zaman kan banyak orang jahil yang dijadikan pemimpin. Kita la orang akhir zaman tu… Eleh, tak yah nafi la… sendiri pun tau kan …
Dah… dah… kalau nak cerita kejahilan pemimpin ni, macam-macam aku boleh cerita. Sebab aku sendiri pun pernah memimpin. Aku pun ada buat silap. Aku paham la sikit pasal dunia kepimpinan ni pasal ada pengalaman. Thanks la kat korang jugak, walaupun aku tak nak, korang support gak aku sampai aku boleh belajor pasal kepimpinan nih… Tapi serik dah wo… Jadi pemimpin ni sebelah kaki dah kat neraka. Means, risikonya besar. Tanggungjawabnya banyak. Kalau boleh buat dengan amanah, ganjarannya besar. Tapi kalau pecah amanah, neraka yang menunggu di akhirat pun besar jugak.
So, berbalik pada cerita, budak-budak ALED 4 pun masuklah ke parlimen. Mereka dengar dengan teliti persidangan tuh. Akhirnya depa pun paham apa yang aku bebelkan tadi. Memang ramai orang Islam yang jahil kat dalam parlimen tu. Siapa yang pangkah? Kita jugak… Kalau depa buat salah, kita dapat saham dosa jugak sebab kita yang undi diorang. Pastu masuk neraka sama-sama dengan pemimpin jahil yang kita pilih tu. Selepas tamat satu sesi, Syukur pun pergi menemui Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan TPM Najib Razak(ketika cerita ini ditaip) merangkap bakal PM(insyaAllah). Masing-masing diserahkan dengan kotak-kotak Ezam itu. Ezam mendakwa ada menyimpan kotak rasuah BN. Dia juga mendakwa ada simpan kotak penyelewengan Anwar. Maka, Syukur pun menyampaikan kotak-kotak itu kepada mereka berdua. Dengan tujuan, jika mereka mahu saling tuduh-menuduh, mereka akan lakukannya dengan bukti kukuh. Tak payah sampai nak bersumpah-sumpah. Itu pun jika isi kotak itu betul-betul bukti. Kalau kotak Ezam itu hanya sampah sarap, tak ada maknanya jugak.
Reaksinya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pun memberikan klu terbaru kepada budak-budak ALED4. “ Nah, ini dia klunya” katanya ringkas. Dia tak punya banyak masa untuk bersembang. Dia Cuma menulis nota ringkas di atas secebis kertas. Kemudian bersalam dengan Syukur, Black, Naqib, Piun dan Akar sebelum berpisah.
Babvii
Bertemu Sang Pengarah Cerita
Menurut kertas yang ditulis oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mereka harus bertemu dengan pengarah cerita untuk mengetahui klu seterusnya. Memang pun. Pengarah tu aku la… Aku yang buat cerita ni. “ Macam mana nak berjumpa dengan penulis nih?” tanya Akar.
“ Aku rasa kita kena mencapai tahap mokhsya dulu. Kita kena sampai tahap bersatu dengan pengarah untuk jumpa dia,” jawab Piun.
“ Sesat larat apa ko ni Yon? Ko ni Islam ke keling?!!!” marah Akar dengan kuat dengan niat mengcover kentut.( skali lagi, no offend ye saudara Piun).
“ Ek eleh aku melawak je la… Apa la ko ni Akar?” jawab Piun. “ Dah, dah… tak yah gaduh. Jom kita gi Taiping. Si Azimbest tu bukannya ada buat apa. Dia dok lepak je kat rumah. Kalau kita pegi sekarang, kita boleh jumpa dia, tanya dia apa klu seterusnya,,” kata Black dengan penuh kematangan.
“ Betul. Aku pun ada benda nak tanya nih. Soalan aku berbunyi, Wahai encik Azimbest, Mengapakah anda menulis satu cerita yang mengarut dan membuang masa ini? Banyak sangatkah masa anda? Tahukah anda bahawa masa itu emas? Mana tahu anda tiba-tiba mati tak sempat taubat? Berbaloikah kerja anda ini?” kata Naqib.
Aku sendiri pun saspen mendengarkan soalan Naqib itu. Memang betul dan bernas soalan-soalannya. Tak apa. Aku masih ada masa nak memikirkan jawapannya sambil mereka terbang ke Taiping dengan Exia. Perjalanan dari Parlimen ke Taiping hanya akan mengambil masa selam dua jam sahaja jika tak banyak Gundam yang menggunakan ruang udara. Maka aku akan gunakan masa itu untuk memikirkan jawapannya.
Nak aku jadikan cerita, hero-hero kita pun sampai ke Taiping. Sebelum apa-apa, terus aja Naqib mahu menyoal aku dengan soalan panasnya. Tetapi aku lagi terer, sebelum dia sempat tanya, aku pun cakap,” Aku tau apa yang anak nak tanya,” sebagaimana yang selalu tok bomoh cakap. Tapi aku bukan ada power sihir atau ilmu hitam, aku tau sebab aku la pengarah cerita ni! Hahaha!!! Jangan silap. Aku gelak kuat-kuat bukan sebab nak cover kentut. Tapi sebab aku rasa best.
“ Sapa anak kau? Aku anak Harun tau tak?” kata Naqib pula. “ Hek eleh,” aku kata padanya. “Aku tau la… itu cuma ayat yang aku guna nak bagi nampak macam best,” kataku lagi. “ Ok la, aku buat crite ni sebab aku sayang kat korang. Jangan salah paham, aku tak gay. Aku cuma sayang sebagai member la… Aku rasa kita dah lama tak kontek- mengontek. Aku pun takde internet. Susah nak berhubung dengan korang. So, ni la salah satu cara aku nak mengingati korang. Ye la, aku tau korang idup lagi, maksud aku nak bagi penghargaan dan terima kasih aku pada korang. Aku tak buat macam ni untuk budak skolah aku tau tak? Tapi kat korang aku buat. Sebab apa? Sebab korang ni berharga buat aku. Korang best,” kata aku.
“ Pasal masa plak, sebenarnya macam ni, sebab aku sayang korang,aku nak bagi pengajaran sikit melalui cerita nih. Memang kebanyakan isinya tak masuk akal. Sori la, aku suruh korang kentut banyak kali, tapi, tu untuk membuatkan korang terhibur baca crite aku ni. Bukan sebab apa, kalau aku tiba-tiba nak bagi nasihat, korang bukan nak dengar sangat. Aku cube bagi dengan cara ni, supaya korang nak baca, at the same time, dapat ingat semula member-member dan dapat pengajaran walaupun sikit. So, aku rasa aku tak buang masa sebab cerita ni ada skit manfaat untuk dipikir,” kata Aku lagi.
“ Oo… Ok ok. Eh, ko buat apa sekarang? Ko tak keje kan ? Abis tu masa-masa kosong ko, ko buat mende? Menghabiskan beras Encik Zainol?” Black bertanya kepada Aku. Berani betul dia bertanya soalan begitu kepada aku. Aku pecat daripada produksi aku kang baru dia tau.
“ Itu nanti aku jawab. Aku akan buatkan satu watak yang mewakili aku. Nama dia Azimbest. Nanti apa-apa hal korang tanya kat dia je ok? Bukan apa, tak elok dipandang masyarakat la kalau korang cakap direct dengan director crite ni. Nanti apa pulak komuniti pengarah filem akan cakap kan ? So, korang cakap dengan Azimbest ok? Orait, bye, Salam!” kataku sambil meneruskan pengarahan cerita ini.
“Salam, aku Azimbest. Ala … korang pun kenal kan ,” aku berlakon dalam filem arahan aku sendiri. Macam mana plak tuh? Tak logic betul. Nak heran apa? Aku yang punya cerita, aku punya suka la nak buat camana!
“ Apa yang aku buat time kosong-kosong nih? Aku ada projek. Aku tengah wat komik. InsyaAllah kalau jadi nanti, hasilnya ribu-riban. Boleh jadi juta-juta. Tapi tu bukan tujuan utamanya. Kalau tak dapat duit pun aku tak kisah. Sebab aku buat bukan sebab duit sangat. Kalau aku nak duit aku mintak je kat bapak aku. Aku buat komik tu sebab aku nak sampaikan sesuatu kepada dunia,” Azimbest menjelaskan aktivitinya di rumah.
“ Aku tak keje sebab aku nak focus buat projek ni. At the same time aku tengah belajor gune Adobe Illustrator, supaya senang nak edit komik aku tu nanti. Kalau ikutkan duit, memang patutnya aku keje la sekarang sebab aku memang takde duit. Tapi memikirkan kepentingan projek aku ni, aku sanggup melepaskan peluang mencari duit tu supaya aku dapat focus. Ok? Bleh paham?” kata Azimbest lagi.
“ Ok ok… Dah, tak payah crite pasal diri ko dah. Aku bukannya nak dengar sangat. So, skang apa klu seterusnya? tanya Syukur. “ Oh. Ok, klu seterusnya berbunyi begini, korang kena pegi melawat dua lagi member korang iaitu Kuwe dan Kintot. Depa akan bagi klu seterusnya lagi,” kata Azimbest.
Babviii
Krabby Patty Kintot
“ So, kat sini tak ada harta la?” tanya Naqib.
“ Tak ada, buat apa aku nak simpan harta bapak hang? By the way, buat apa pulak bapak hang nak tanam harta kat Taiping ni? Sini bukannya maktab perguruan?” kata Azimbest pula.
“ Betul jugak kata hang ni Azimbest. Bapak aku memang suka tanam benda kat maktab je, “ kata Naqib.
“ Ok, kalau macam tu, jom kita bergerak ke gerai burger Kintot!” kata Syukur tanpa terkentut. Mereka semua pun naik ke atas Exia kecuali Azimbest. “ Kenapa tak naik Azimbest?” tanya Black yang kehairanan.
“ Ada sesuatu aku kena bagitau korang. Aku sebenarnya bukan seorang pekerja bank,” kata Azimbest.
“ Memang la… Ko tu blajo pun tak abis lagi… Kot ye pun dah abis blajo, ko tak jadi pekerja bank punya, ko akan jadi cikgu macam kami jugak…” Akar menyampuk.
“ Bukan… Aku sebenarnya…Aku seorang Jumper, bukannya pekerja bank. Sori la aku tak pernah bagitau korang semua perkara ni,” jawab Azimbest sambil tunduk.
“ Oh… sebab tu ko tak nak ikut naik Exia? Takpe la kalo camtu. Tak payah rasa bersalah pulak, kami tak jeles pun… datuk aku pun dulu Jumper jugak, tapi takde la hebat sangat. Oh, ya… Kalau ko dah sampai kat sana lagi awal nanti, ko sembang la dulu dengan Kintot sementara kami nak sampai ye?” kata Piun.
“Ok,” kata Azimbest ringkas. Kemudian Azimbest terus mempraktikkan ilmu Jumpernya. Zupp, dia hilang daripada pandangan. Kemudian, mereka yang menaiki Exia pun bertolak ke tempat Kintot. Sesampainya mereka di sana , mereka mencari Azimbest. “Eh, mana Azimbest?” tanya mereka kepada Kintot yang sedang asyik menjual Krabby Pattynya. Kelihatan Pak Cik Squidward Kem Bina Insan sibuk mengira wang di kaunter restoran Kintot. Kemudian kelihatan pula SpongeBob sibuk mengambil pesanan. Tetapi mereka perasan sesuatu yang ‘fishy’ tentang SpongeBob itu.
Setelah diperhatikan dengan betul, barulah mereka mengecamnya. Rupa-rupanya itu adalah Bob. “ Eh, Bob, ko bukan dalam handset Anep ke? Macamana ko boleh ada kat sini keje dengan Kintot?” tanya Black kepada SpongeBob itu. “ Biasak la, Anep dah send aku ke sini. Aku yang mintak. Sebab aku nak try keje kat sini pulak. Kintot dah jadi taukeh Krabby Patty. Aku nak keje ngan dia la. Buat part-time je,” jawabnya.
“ Oh, ada nampak Azimbest tak? Dia pelakon baru. Ada power jumper,” tanya Naqib. “ Tak ada pun,” jawab Bob. Tiba-tiba, mereka ternampak Azimbest muncul di Krabby Patty Kintot. “ Baru sampai ke?” tanya mereka kepadanya.” Yes… Sori, ni la masalahnya, walaupun aku jumper, tapi kelajuan jumper tu sebenarnya adalah dua kali ganda lagi lambat daripada perjalanan sebenar. Tu pasal masa kat INTEC dulu, kadang-kadang aku sampai kelas lambat,” jawabnya.
“ Oh, apa lagi? Moh kita tanya Kintot klu yang seterusnya,” kata Black. Kemudian mereka pun bertanyakan Kintot tentang klu terbaru harta Harun. “ Kintot pun memberitahu mereka klu itu. Menurutnya, mereka harus berjumpa Kuwe untuk mengetahui klu seterusnya. Mereka pun terus bergegas ke sana . Kali ini Azimbest ikut naik Exia. Dia tak mahu lambat. Mereka mendapat Krabby Patty percuma pemberian taukehnya iaitu Kintot sendiri.
Babix
(Yes. Ada balik perkataan ni. Barulah kontroversi, sesuai dengan politik Malaysia )
Tae Kuwen Do!!!
Mereka pun sampai ke tempat Kuwe. Tanpa membuang masa, Kuwe pun memberikan klu seterusnya kepada mereka. Mereka berasa hairan dengan keadaan itu. Biasanya, akan ada cabaran sebelum apa-apa klu diberi. Tapi mungkin inilah cabarannya. Daripada Azimbest di Taiping, kepada Kintot dan sekarang Kuwe, mereka masih belum mendapat harta Harun yang seterusnya.
“ Err, Naqib, sebenarnya, untuk dapatkan harta Harun seterusnya, korang bukan saja kena tau klu yang aku bagi tadi, tapi korang jugak kena lawan dengan satu kumpulan zombie. Aku dah lama lawan diorang untuk dapatkan harta tu. Tapi diorang tu pun blackbelt macam aku jugak, so susah aku nak lawan diorang semua. Korang kena tolong aku lawan mereka kalau nak dapatkan harta tu,” kata Kuwe.
“ Kalau macam tu kita tak ada pilihan. Kita kena lawan jugak Zombie tu. Aku try kontek Alice Resident Evil,” kata Black.
“ Tak payah la Black. Dia tu tak senonoh. Baju dedah merata-rata. Dah tu, dia tu bukan la terer sangat, dari dulu sampai sekarang dia lawan zombie, tapi cerita Resident Evil tu abih-abih jugak lagi. Banyak gak Zombie. Sampaikan merebak ke Kampung Pisang kat Malaysia pulak,” kata Naqib.
“ Ok ok, tak jadi. Kita lawan je la guna Exia ni. Walau macam mana power pun tae kwan do diorang, tapi kalau lawan dengan Exia kita ni, kalah punya diorang tu,“ kata Akar pula. Mereka pun berlawanlah dengan Zombie-zombie tu. Dengan Gundam Exia, mereka menang mudah. Tanpa perlu berpencak silat atau bertae kwan do. Juga tanpa perlu bersumpah-sumpah.
Setelah menang, mereka pun mula mengorek tanah bagi mencari harta Harun kelima. Usaha mereka berjaya. Harta Harun kelima merupakan rumah dua tingkat milik nenek moyang Naqib. Pada waktu dahulu, ketika En Harun menjadi pilot Gundam Exia dengan nama Harun Yahaya, dia pernah menanam rumah milik datuknya kerana ingin mencuba kebolehan Gundam itu. Selepas itu, dia percaya bahawa Gundam Exianya itu memang cool dan bermanfaat. Semenjak hari itu, En Harun selalu membawa Gundam Exianya berniaga kain dan pakaian bersama keluarganya. Dia juga menggunakan Gundam Exia untuk bercucuk tanam. Kata orang, asal usul nama Taman Kopi di Teluk Intan itu adalah kerana mereka ternampak gergasi menanam Kopi di taman itu. Kini, barulah Naqib tahu bahawa gergasi yang dilihat oleh jururawat di tamannya itu adalah Gundam Exia yang dipandu oleh pilot terkemuka Harun Yahaya.
Setelah puas mengorek keluar rumah tersebut, mereka pun masuk ke dalamnya. Kemudian mereka menjumpai klu seterusnya di dalam rumah itu. Menurut klu yang digantung di dinding rumah itu, mereka harus ke UK untuk mendapatkan harta Harun yang seterusnya. Mereka pun tidak berfikir panjang, mereka terus sahaja bersetuju untuk ke UK . Memang itu salah satu destinasi yang telah mereka idam-idamkan sewaktu di INTEC dahulu. Tapi sebab tak lepas poin, maka mereka tak fly.
Babx
(Dah takde balik perkataan tu… Tapi takpe, sebab org UK tak minat isu babi)
Tak Lepas Point, Tapi Pi UK Jugak!
Syukur, Black, Akar, Piun, Naqib dan Azimbest pun mempersiapkan apa yang patut untuk ke UK . Visa, passport, dan surat pengakuan daripada Encik Harun. Mereka pun memeriksa Gundam Exia untuk memastikannya berada dalam keadaan yang baik. Tetapi setelah diperiksa oleh Akar, Gundam Exia itu didapatinya tidak mampu bertahan untuk perjalanan sejauh UK . Akar selalu meneliti Nouvo. Maka dia tahu sikit sebanyak selok belok pembaikan mesin nih.
Mereka pun terbang ke I Am You(IMU) Bukit Jalil untuk bertemu dengan Syazwan(Badar) dan Hazwan(Frisbee). Mereka mahu mendapatkan nasihat doctor sebelum berlepas ke sana . Mereka juga ingin memeriksa Gundam Exia takut-takut dia menghidap osteoporosis atau kegagalan jantung.
Setelah diperiksa oleh Badar dan Hazwan, didapati bahawa Exia menghadapi masalah kesuburan. Patutlah setelah sekian lama, En Harun Yahaya telah mempunyai anak dan cucu, tapi Gundam Exia masih lagi single dan available. Tetapi, mengikut nasihat Badar, mereka tidak sepatutnya menggunakan Exia untuk ke sana . Sebab orang Britain memang pantang tengok orang-orang timur ni maju. Sebab tu diorang adakan A-Laws untuk memusnahkan Gundam Exia di Maktab T’Ganu. Tambahan pula akibat masalah kesuburannya, Gundam Exia tak mampu untuk terbang ke UK .
“ Kalau macam tu, tinggal satu cara je. Ye la, kalau nak beli tiket flight, kita memang takde duit. Kalau nak mintak sponsor KPM plak, kene amik A-Level lagi skali baru diorang nak antaq pi. So, aku rasa baik kita lompat je ke sana ” cadang Azimbest.
“ Lompat? Lompat parti ke?” tanya Piun.
“ Kepala lutut ko lompat parti… Tak ada sapa kisah pun kalau kita lompat parti. Kalau ahli BN nak lompat parti depa akan dibawak ke Taiwan . Kita ni sapa? Lompat pun diorang tak kisah punya. Diorang takkan bawak kita lari ke Taiwan mahupun UK . Kerajaan Perak takkan berubah pun kalau kita melompat… Lompat yang dia cakap tu ialah Jump! Azimbest kan ke Jumper? Dia nak bawak kita ke sana dengan kebolehan Jumper dia la…” kata Akar kepada Piun.
“ Oh, nanti jap, aku dapat rasa gelombang yang besar mendekati kita,” kata Black. “ Hah? Gelombang tsunami ke? Tsunami Politik PRU ke-12?” tanya Syukur.
“ Bukan… Ini… Ini adalah gelombang Son Goku!” kata Black dengan konfiden sekali.
“ Assalamualaikum… Korang nak pegi UK ke?” tanya Son Goku sebaik sahaja sampai ke hadapan mereka. Jelas sekali niatnya datang bukan untuk berlawan. “ Waalaikumussalam. Ya, betul kami nak gi UK . Mana kau tahu? And by the way, ko masuk Islam ke?” tanya Akar kepada Goku. “ Ya… Aku masuk Islam lepas sembang dengan Nik Aziz semalam. Baru kejap tadi aku pi umrah. Orang Arab semua ingatkan aku wali Allah sebab boleh terbang. Aku cakap bukan, aku Son Goku. Nama aku dah tukar jadi Muhammad Goku bin Abdullah. Pastu time nak balik, aku singgah kat Israel nak musnahkan kubu askar diorang, tapi pelik, aku tak jumpa pun Simon Peres kat Israel . So, aku cari gelombang dia. Sampai kat mahkamah antarabangsa The Hague. Ada lembu tengah buat laporan polis pasal dia. Then, aku pun pi cari Dragon Ball keempat. Terjumpa Anep. Dia cakap sekarang korang nak gi UK . Sambil bercakap, dia tak kentut. So, aku percaya lah dengan kata-kata dia. Then, aku track gelombang Black sampai ke sini,” Muhammad Goku menceritakan kisahnya kepada mereka.
“ Jadi kau masih ingat gelombang aku ke Muhammad Goku?” tanya Black sambil tersenyum dengan penuh gaya macho. Black meningkatkan gelombang berlawannya dengan mendadak. Sehingga alat scout yang dipakai di mata Hazwan itu meletup kerana tidak dapat membaca kuasa berlawan sebenar Black.
“ Mestilah ingat Black… Tidak, bukan Black tapi Uub… Aku masih ingat ketika kau menetap di Kenya dan mewakili negara itu untuk ke sukan Olimpik. Kau dapat tempat kedua tapi aku tempat pertama. Kau pun jeles lalu ingin menuntut ilmu dengan aku. Walaupun aku masih kafir, aku tetap ajar kau. Sampailah kau mahir gunakan bola jiwa. Kemudian kita berpisah kerana kau mahu mengambil A-Level di Malaysia. Manakala aku pula meneruskan kehidupan aku di Hollywood , berlakon filem Dragon Ball Evolution.
Sekarang, sebagai saudara baru korang, aku ingin membantu korang ke UK . Mari pegang tangan aku. Jangan raba tempat lain pulak. Aku Kame Hame Ha nanti baru tau. Aku akan gunakan penggerak sejurus untuk hantar kamu ke sana . Kalau nak harapkan kuasa Jumper mamat Azimbest tu, korang akan sampai dalam masa dua minggu sebab dia masih belum pandai mengawal gelombang,” kata Muhammad Goku Bin Abdullah.
“ Baik, siapa punya gelombang yang ada di UK sekarang? Aku nak kena kesan gelombang dulu kalau nak guna ilmu ni,” tanya Goku.
“ Cuba kita tunggu gelombang Anuya Al-Mubarak. Juga dikenali sebagai Anuya Altantuya Al-Mubarak di Mongolia satu ketika dahulu. Sepatutnya kau masih ingat mamat tu, dia dulu johan Pertandingan Makan Makanan Halal anjuran JAKIM dan Persatuan Pengguna Islam Mongolia . Kita berdua kalah di tangan dan perut dia masa tu,” kata Black mengimbau memori silamnya bersama Muhammad Goku Bin Abdullah.
“ Baik, kita akan tunggu masa dia makan. Bila gelombang dia meningkat dengan tiba-tiba, kita akan bergerak ke sana . Bersedia semua ok?” seru Goku.
“ Baik!!!” sahut mereka beramai-ramai.
“ Baiklah, dah dapat rasa gelombang Anuya… Ready semua…. Go!” Muhammad Goku Bin Abdullah pun mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya University Al-Azhar itu. Dengan tidak semena-mena, mereka muncul di sebelah meja makan En Anuya Al-Mubarak di University of Birmingham itu. Anuya dengan penuh rasa ‘sayang member’nya terus mengorderkan makanan untuk mereka. Katanya, untuk member aku tak kisah, aku kan sayang member…
Babxi
Reunion ALED4 di Sheffield
Setelah makan dan bersembang lama, Muhammad Goku Bin Abdullah pun meminta dirinya untuk pulang. Dia terus pulang ke Jepun untuk berdakwah kepada anak isterinya yang masih belum mendapat hidayah. Syukur, Black dan lain-lain pun makan tinggalan makanan Goku itu kerana mereka lapar tahap gaban. Kemudian Anuya Al-Mubarak membawa mereka pulang ke rumahnya. Mereka duduk di situ dan menikmati suasana UK dengan tenang. Kemudian, mereka berehat kerana esoknya, Anuya akan menganjurkan reunion ALED4 di Sheffield kerana kunjungan mengejut mereka itu. Nanti mereka akan bertemu dengan Syukri Shafi, Nasir Wahab, Sarimi Sabdin, Syakir Abdullah, Muhsin Bulu(plis…no offend ok, Muhsin…), Icam, PC, Fauzi, Ijat, Dzul Najmi Sirozi dan Anas.
Esoknya, mereka pun bertemu di Sheffield . Kedatangan budak-budak tak fly itu disambut meriah oleh mereka. Mereka pun bertanya khabar dan bertukar pendapat. Masing-masing menceritakan pengalaman mereka di sana . Syukri telah menjadi pemain sambilan atau part-time player untuk Manchester United. Nasir Wahab telah menceburi bidang bisnes sambilan menjual anak patung PeterAnswers.com atau dikenali juga sebagai My Doll. Sarimi telah menjadi fasilitator sambilan dalam company Stephen Ramly Covey dan Ust Hasrayzal yang selalu membincangkan pasal 7 Habit.
Ked( Syakir) telah menjadi penulis novel sambilan dan telah juga menghasilkan dua butir novel grafik. Muhsin pula telah merangkul beberapa anugerah academy melalui Filem Mencapai Bintang yang diarahkannya secara sambilan dan anugerah Pulitzer bagi beberapa keping gambar bulu Cimpanzee yang diambilnya. Icam pula telah mereka pelan sebuah jambatan di UK . Pelan itu direkanya secara sambilan dan sambil lewa. Namun ada syarikat yang berminat membeli pelannya dan merealisasikan jambatan itu. PC telah berjaya mereka sebuah kompleks beli belah Personal Computer seperti Low Yatt di KL. Ia akan dikenali sebagai Pow Chween Plaza . Juga direkanya secara sambilan.
Fauzi telah menjadi duta sambilan Levi’s. Ijat telah menjadi perunding imej sambilan bagi komuniti Pakistan di UK . Dzul Najmi sedang berusaha secara sambilan untuk membuktikan teori gelombang graviti dan dimensi mikronya untuk dicalonkan anugerah Nobel. Kadang-kala dia juga dipanggil untuk berdebat menemani Ahmad Deedat dan memboikot tarian Geli Mat. Manakala Anas pula menjadi pengedar Telefon Bimbit sambilan di kawasan pengaruhnya. Dia juga aktif secara sambilan sebagai aktivis World WildLife Federation yang juga memperjuangkan hak asasi Panda. Semua mereka berjaya secara sambilan kerana mereka punya komitmen terhadap pelajaran. Kini, mereka bekerjasama bagi mencari harta Harun yang keenam iaitu salinan asli surat-surat Pemimpin Zionis kepada para kapitalis yang menguasai dunia perniagaan. Sepertimana yang tertulis di dinding rumah dua tingkat milik nenek moyang Naqib.
Mereka pun merancang dengan teliti misi mencari surat-surat tersebut. Mereka sudah tidak dapat menggunakan Exia kerana Exia ditinggalkan di IMU Bukit Jalil. Mereka terpaksa menggunakan kebijaksaan dan strategi bagi melaksanakan misi itu. Saudara Naqib dilantik menjadi pengarah misi. Dibantu oleh timbalannya Syukur, bendaharinya Muhsin dan setiausahanya Ked. Kemudian, Anuya sebagai biro makanan, Fauzi dan Ijat sebagai perunding pakaian, Syukri sebagai ajk keselamatan, Sarimi sebagai ajk pengangkutan, Nasir sebagai ajk multimedia & PeterAnswers dan akhir sekali Azimbest sebagai ajk tugas-tugas khas.
Babxii
Harta Keenam Dijumpai
“ Geng, aku ingat macam ni la… aku try tanya Peter pasal surat tu. Kot-kot dia tahu,” kata Nasir.
“ Bagus. Ada guna jugak rupanya Peter tu. Aku pulak akan cuba kontek geng CIA, Mossad, MI-5 dengan FBI. Kot-kot diorang nak tolong kita cari surat tu. Tak lupa jugak, aku nak kontek Indiana Jones untuk tolong cari surat tersebut,” kata Azimbest.
“ Banyaknya secret agent yang ko kenal?” tanya Muhsin yang tidak percaya.
“ Memang betul. Aku rahsiakan semua ni sebab aku ni sebenarnya salah seorang secret agent jugak. Aku jadi agent macam-macam. So aku ni bukan lagi double agent atau triple agent dah. Dah ntah berapa “ple” agent dah aku nih. Sampai aku sendiri dah tak ingat nama-nama pertubuhan yang aku join,” jawab Azimbest.
“ Pergh, ko memang the best la,” kata Muhsin lagi.
Maka dengan semua teknologi dan kontek yang mereka ada, mereka pun berjaya menyiasat tempat surat tersebut disimpan. Ia telah disimpan di Perpustakaan Besar INTEC.
“Ceh, buat penat je kita datang UK ! Kalau tau baik aku cari kat Library INTEC je… Pastu guna computer yang ada kat depan kaunter tu. Komputer tu kan gunanya untuk cari buku kat library. Mesti ada catit kat dalam tu punya,” kata Piun kecewa.
Maka mereka pun segera pulang ke negara asal mereka dengan menunggang Malik Mydin di selat Inggeris, kemudian menunggang David Hasselhoff hingga ke Sri Lanka dan menumpang kapal Dato’ Azhar Mansor hingga ke pelabuhan Klang. Seterusnya mereka menaiki bas mini dari Klang ke Seksyen 17. Lalu menggunakan teknik jumper bagi melepasi Pak Guard INTEC kerana mereka tidak membawa kad pelajar.
Mereka segera menyelongkar library INTEC itu. Dengan menggunakan deria bau Akar yang tajam, mereka telah berjaya menemui surat-surat itu. Surat-surat itu menceritakan tentang komplot Pemimpin Zionis dan Amerika untuk mengkucar-kacirkan dunia Islam dan menindas Pelastin, eh, Palestin sehinggalah mereka berjaya mendapatkan Masjidil Aqsa. Mereka dibantu oleh badan-badan kewangan dunia dan syarikat-syarikat besar untuk mengawal ekonomi dunia. Hasilnya, ekonomi dunia jatuh dan menyebabkan banyak pengangguran. Mereka juga menghasut Mesir supaya menyekat sempadannya dengan Gaza , supaya bekalan makanan dan bahan mentah tidak dapat memasuki Gaza .
Kini, mereka sudah tahu rahsianya. Pada badan Exia terdapat satu alat yang mampu mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh Israel ini. Cuma sekarang, mereka perlu mencari harta ketujuh iaitu koleksi terakhir harta Harun untuk membolehkan mereka memanfaatkan teknologi yang terdapat pada badan Exia itu. Mereka pun mencari klu di dalam surat-surat itu. Akhirnya mereka menemui kata kuncinnya di dalam surat itu. Selain itu, dengan menggunakan kekunci Fibonacci dan jadual waktu solat kawasan Shah Alam, mereka telah berjaya mengesan lokasi harta terakhir itu dengan menggunakan Google Earth.
Babxiii
Harta Harun Terakhir
“ Naqib, inilah masa yang kita tunggu-tunggu. Dah lama kita cuba merungkai misteri harta bapak kau ni. Rupanya bapak kau ada menyimpan teknologi Stargate SG-1. Sekarang baru aku tau. Teknologi ni gunanya untuk membuat pintu gerbang teleportasi. Apabila ia diaktifkan, kita boleh menghantar apa sahaja ke mana-mana jua pelusuk tempat di dunia. Sama macam penggerak sejurus Muhammad Goku dan Jumper Azimbest. Cuma skalanya lagi besar. Alat ni boleh transport lagi banyak barang.” kata Syukur.
“ Betul tu Kur. Dengan teknologi ni, kita akan dapat hantar banyak bahan makanan dan bahan mentah masuk ke dalam Gaza . Kita jugak akan dapat bagi bantuan kewangan secara terus kepada rakyat Palestin. Dengan teknologi ni, mereka tak perlu lagi menggunakan terowong untuk mendapatkan bekalan,” kata Piun pula.
“ So, apa lagi? Takkan nak tunggu aku kentut dulu baru kita nak gerak? Jom kita dapatkan teknologi tu sekarang jugak!” kata Naqib.
Mereka pun bergerak menuju ke tempat yang telah diketahui itu. Tempatnya adalah di Kem Tahanan ISA Kamunting. Sesampainya di sana , mereka pun menggali harta itu keluar. Ianya merupakan gegelung raksasa berjejari 5 meter. Gegelung itu adalah Stargate yang akan menghubungkan mereka ke Gaza . Ia juga boleh menghubungkan mereka ke Penjara Abu Ghraib, teluk Guantanamo , hatta Sunway Lagoon kalau mereka mahu. Yang pasti, teknologi itu memerlukan reactor solar yang terdapat pada Exia dan alunan Gitar untuk diaktifkan. Maka Azimbest pun bertindak melompat ke IMU untuk mengambil Exia dan memandunya ke Kem Tahanan ISA Kamunting, di mana gegelung itu dijumpai mereka.
Sesampainya Exia ke situ, mereka pun menyambungkan solar reactor Exia kepada gegelung Stargate itu dengan menggunakan jumper. Bukan kuasa milik Azimbest, tetapi wayar penyambung bateri yang dikenali sebagai jumper. Kemudian, Azimbest melompat lagi untuk membawa saudara Dzyiauddin Yusuf untuk mengalunkan bunyi Gitar. Dengan melengkapkan ketiga-tiga elemen itu,Stargate itupun berfungsi. Mereka gembira dengan kejayaan mereka menyelesaikan misi Harta Harun dan mencari jalan membantu rakyat Gaza . OIC tak mampu membantu Gaza . Hanya mengecam tak habis-habis tanpa menghantar tentera. Mesir pula jadi pak turut kafir laknatullah Israel dan Amerika. Maka tanggungjawab itu terletak di bahu mereka.
Selepas lagipada (daripada) itu, segala aktiviti penghantaran bantuan ke Pelastin(Palestin) dilakukan melalui Stargate itu. Hero-hero kita telah kembali menyambung tugas di pusat pengajian masing-masing kecuali Azimbest, Kuwe dan Kintot yang tidak diberi peluang menyambung pengajian peringkat degree oleh KPM dan Maktab-maktab Perguruan. Manakala En Harun dan En Kamarudin pula bersyukur kerana anak-anak mereka telah berjaya membongkar kembali harta-harta itu di saat yang memerlukan. Terima Kasih semua…
The End
Credits
Syukur Bahaman
Azri Rashid
Naqib Harun
Safwan Ridhwan
Zaki Bahari
Farhan Fauzan
En Harun
En Kamaruddin
Jiran En Harun
Azhan Abu Hanipah
Hanif Kamaruddin
Ahmad Mustaqim A. Rashad
Amin Eddy Chin
Cikgu Hasan
Zainul Ariffin
Riza Aziff Azahari
Wolverine
Jean Grey
Iron Man
Incredible Hulk
Hellboy
Simon Peres
Lembu korban
Tan Sri Khalid Ibrahim
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Dato, Seri Najib Tun Razak
Tuan Pengarah
Azimbest
Aidil Jamalullail
Pak Cik Squidward Kem Bina Insan
Ikhwan Saadon
Zombie-zombie Tae Kwan Do
Hazwan Frisbee
Muhammad Goku Bin Abdullah
Muhammad Anuar Hj Abd Karim
Syukri Shafi
Nasir Wahab
Sarimi Sabdin
Syakir Abdullah
Muhsin Abd Rahman
Hisyam
PC
Fauzi Jalil
Ijat
Dzul Najmi Sirozi
Anas
Pak Guard INTEC
Dzyiauddin Yusuf
Aku harap aku tak tertinggal sapa-sapa
Dan semua yang terlibat menjayakan produksi ini
Pengarah
Penulis
Penaip
Penyemak
Penerbit
Pengedar
Pembaca
Dan sapa-sapa saja yang korang terfikir patut dihargai
Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Jika ada kesamaan, ia hanyalah kesamaan untuk menyesuaikan dengan selera penonton.
Pihak penerbit memohon maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau apa-apa bentuk kesalahan termasuk jenayah juvana ataupun trafik sepanjang pembikinan cerita ini.
Sebarang feedback bolehlah dihantarkan ke alamat berikut zims_zims@yahoo.com
0 kutukan:
Post a Comment